GOO YE JUI's Reflection / GOO YE JUI's Reflection /
WEBINAR : "WACANA DEKOLONISASI INTELEKTUAL"

1. Activity information

Date: 10 January 2021

Venue: Facebook Faculty of Social Sciences and Humanities, UTM

Organizer: Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Social dan Kemanusiaan and UTM iLeaGue

2. Graduate attribute

  • Thinking Skills

3. Position/Role 

  • Participant

4. Mini Report

Pada 10 Januari 2021(Ahad), UTM iLeague, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM, dan Akademik Tamadun Islam telah menganjurkan webinar yang bertajuk “Wacana Dekolonisasi Intelektual” secara atas talian melalui Facebook. Webinar ini dianjurkan selama 2 jam iaitu dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 petang.Webinar ini adalah sebuah Webinar Wacana Dekolonisasi Intelektual bersama dua panel berpengalaman Iaitu Prof. Dr Kamaruzaman bin Yusoff dan Dr Nasruddin bin Yunos untuk mengupas isu dekolonisasi intelektual yang semakin mencabar pada hari ini. Kolonialisasi merupakan penjajahan dari aspek material, mental dan pemikiran. Sebagai contohnya, “The White’s Man Burden” merupakan satu kolonisasi yang wujud pada tahun 1899 ke 1902 oleh Amerika Syarikat kepada orang Filipino. Oleh itu, wujudnya sesuatu usaha supaya terbebas dari penjajahan dan usaha tersebut ialah dekolonisasi. Decolonization yang terdiri dari de (tidak) dan Colonization (penjajahan). Dua kata tersebut dapat didefinisikan sebagai kemerdekaan.

 

5. Self-reflection

Pada pendapat saya, penyingkiran fahaman yang memburukkan dan melemahkan jiwa masyarakat yang dijajah. Kuasa autonomi dan ekonomi dijejaskan oleh syarikat-syarikat besar luar, contohnya syarikat guthrie.

Salah satu proses dekolonisasi adalah dari segi bahasa. Bahasa adalah sesuatu yang penting yang mengerti siasah sesebuah masyarakat. Oleh itu, kita haruslah mementingkan bahasa kita sendiri, iaitu bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia haruslah dipopularkan dan sentiasa digunakan oleh masyarakat Malaysia. Sistem peperiksaan tidak sesuai untuk mengamalkan tahap penguasaan berbahasa seseorang.Sistem pendidikan yang mementingkan gred mendorong kepada pemilihan pelajar untuk melepaskan subjek bahasa itu.

Kita juga haruslah menjayakan insan bersepadu sejahera bermaksudnya  merendahkan diri untuk belajar. Nilai - nilai yang harus dipelajari ialah Saling menghormati & beretika, Tolak ansur terhadap perbezaan pendapat, dan Tanggungjawab bersama menangani cabaran. Cara- cara supaya membina insan bersepadu sejahtera ialah membebaskan diri daripada falsafah yang diasaskan oleh penjajah dan membangunkan pemikiran dan asas keilmuan berdasarkan kearifan tempatan tamadun timur.

Kesimpulannya, pembangunan pemikiran perlu menekankan bidang kemanusiaan dan kearifan tempatan dalam usaha membangunkan falsafah sendiri. Kita haruslah membentuk strategi pemikiran praktikal dalam menangani masalah sejagat atau masalah bersifat tempatan.

6. Certificate/Photo/Video

de.png