Reflection
Woaaaa, 1st time masuk UTM, aku excited state+nervous sikit. Benda apa yang aku nervous pon aku tau. Tapi yang excited tu maybe excited nak dapat kawan baru, belajar benda baru, senang cerita semua benda baru lah. Haa, i know benda apa yang aku nervous. Aku nervous macam mana lah nanti time minggu MTM. Fuh, samada sama macam kat matrix dulu ataupon tak. Lepas dah habis MTM tu baru aku perasan, tak sama langsung kot dengan matrix, kat sini ringan sikit. Yes!! Krew-krew semua baik gila la seh. Aku rasa krew kolej aku kot yang paling best. Wakaka, perasan sungguh. Lagi 1, aku nervous nak dapat roomate baru wooo, macam mana perangai dia, dia gila-gila ke tak, buleh terima diriku ni ke tak(ayat nak skema, haha) and macam-macam lagi lar. Luckily, my new roomate kepala sama je macam aku. I mean, bukan shape kepala dia sama dengan aku tapi perangai dia. Wiii~~
Ok, pasal kolej aku, I think ok lar, not bad. Tak jauh dengan dengan fakulti(FKA). Bilik? Heh, ok jugak lar. Cumaaaaa, bilik tingkat 3. Adoyai. And, tingkap tak ada selak. Nanti enchik monyet bukak tingkap habis lah aku. Plus, bilik air tak ada. Apaseh, dah lar kat matrix dulu pon selalu tak ada air. Apa dosaku ya Allah. Hehe.
Ahha, the best part of UTM ni, jarak rumah aku dengan UTM ni cuma sejam je. Yeahhh, senang nak balik rumah+parent aku boleh lawat aku selalu. Hehe.Kalau nak compare dengan dulu, every 2 months baru boleh balik rumah. Tak syok lah begini. Nak taip apa lagi haa? Dah lar kot. Ok, papai, Assalamualaikum.