Text
NAMA : NUR FAZLIN BINTI AMAT RITHUAN
NO MATRICS : A18HA0160
HARAPAN TERHADAP SUBJEK PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI (UICL2303)
Setiap perkara yang kita lakukan sudah pasti kita mempunyai harapan dan tujuan dalam melaksanakannya. Harapan saya dalam mempelajari subjek Pemikiran Sains Dan Teknologi (Thinking of Science and Technology) UICL2302 ini adalah pertama, saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang peradaban manusia bermula dari zaman dahulu hinggalah zaman serba moden ini terutamanya dari segi sains dan teknologi. Saya ini mengetahui tentang perkembangan saintifik dalam peradaban manusia. Umum mengetahui, manusia telah mengalami bertahun-tahun zaman dan pelbagai zaman anataranya zaman, Mesopotamia yang membawa maksud tanah di antara dua sungai, tamadun india yang terkenal dengan perdagangan sebagai sumber rezeki, tamadun China yang menggunakan peperiksaan sebagai cara untuk melantik pekerja dan sebagainya. Tamadun-tamadun ini adalah antara tamadun yang mencapai zaman kegemilangan mereka pada satu ketika. Jadi harapan saya, saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang bagaimana sains dan teknologi membawa tamadun ini mencapai kegemilangan dan sering disebut hingga ke hari ini.
Dalam mencapai sesuatu perkara, ilmu pengetahuan merupakan perkara yang amat penting. Oleh itu, harapan saya yang kedua adalah saya dapat mengetahui dan memperoleh pengetahuan tentang perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman pertengahan. Saya ingin mengetahui tentang perkembangan pemikiran saintifik Zaman Graeco-Roman dimana ia berkaitan dengan kosmologi, rasional, teologi, sekular, empirikal, dan saintifik (epistemologi, logik, etika) yang tersebar luas pada zaman tersebut. Malah, saya ingin mengetahui tentang perkara yang terjadi terhadap pertembungan antara golongan agamawan dan saintis (dualisme dalam ilmu) pada zaman pertengahan ini.
Akhirnya, saya ingin mengetahui perkaitan antara agama dan ilmu pengetahuan terhadap sains dan teknologi. Hal ini dikata demikian kerana, ia sering menjadi tanya oleh kalangan masyarakat tentang peranan agama terhadap sains dan teknologi. Sebagai contoh, adakah agama islam memainkan peranan dalam etika dan nilai dalam pemikiran sains dan teknologi terutamanya dari segi perubatan-pembunuhan ihsan; biologi-pengklonan, ibu tumpang, bayi tabung uji, pemakanan-ubahsuai genetik (gmo), teknologi buatan (AI), persenjataan: robot, drone; IT-hackers, dark web dan sebagainya.
Justeru, saya harap dengan mempelajari subjek ini saya dapat memperoleh seberapa banyak ilmu pengetahuan demi masa akan datang.