1. Jawatan : PROFESOR
GRED : Khas C (VK7)
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
|
RM 6,595.99
|
RM 7,233.36
|
RM 7,649.60
|
RM 7,948.77
|
RM 8,247.94
|
Bidang :
Fabrikasi
Mikroelektronik, Rekabentuk IC & MEMs, Kejuruteraan Komputer,
Kejuruteraan Perhubungan, Rangkaian Komputer, Mekatronik, Sistem
Pembuatan, Sistem Elektrik, Kejuruteraan Bahan & Metalurgi,
Elektronik Kuasa, Matematik Kejuruteraan, Kejuruteraan Bioproses,
Kejuruteraan Alam Sekitar, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan,
Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Mekanikal, Kewangan, Perakaunan,
Undang-undang (Perniagaan), TESL (Teaching English as a Second
Language), Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan
Bangunan, Kejuruteraan Biosistem (Pertanian, Kejuruteraan Elektronik
Industri, Kejuruteraan Fotonik, Kejuruteraan Nanoelektronik,
Kejuruteraan Nano Biochip, Kejuruteraan Kimia, Teknologi Pembuatan,
Pemasaran dan Perniagaan Antarabangsa.
Syarat Lantikan :
1. Ijazah
Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
2. Ijazah
Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
3. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; DAN
5. Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.
6. Kelayakan dan pengalaman dalam jawatan Profesor Madya, sekurang-kurangnya 5 tahun.
2. Jawatan : PROFESOR MADYA
GRED : DS53
|
P1T1 RM 4,842.03 - P1T10 RM 6,797.08
|
|
P2T1 RM 5,057.71 - P2T10 RM 7,117.13
|
|
P3T1 RM 5,281.74 - P3T10 RM 7,448.31
|
Bidang :
Fabrikasi
Mikroelektronik, Rekabentuk IC & MEMs, Kejuruteraan Komputer,
Kejuruteraan Perhubungan, Rangkaian Komputer, Mekatronik, Sistem
Pembuatan, Sistem Elektrik, Kejuruteraan Bahan & Metalurgi,
Elektronik Kuasa, Matematik Kejuruteraan, Kejuruteraan Bioproses,
Kejuruteraan Alam Sekitar, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan,
Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Mekanikal, Kewangan, Perakaunan,
Undang-undang Perniagaan), TESL (Teaching English as a Second Language),
Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Bangunan,
Kejuruteraan Biosistem (Pertanian, Kejuruteraan Elektronik Industri,
Kejuruteraan Fotonik, Kejuruteraan Nanoelektronik, Kejuruteraan Nano
Biochip, Kejuruteraan Kimia, Teknologi Pembuatan, Pemasaran dan
Perniagaan Antarabangsa.
Syarat Lantikan :
1. Ijazah
Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DS53 :
P1T1); ATAU
2. Ijazah
Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada
Gred DS53 : P1T1); DAN
3. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; DAN
5. Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.
6. Kelayakan dan pengalaman dalam jawatan Pensyarah Universiti (DS45) serta telah disahkan dalam perkhidmatan.
3. Jawatan: PENSYARAH
GRED : DS45
|
P1T1 RM 2,546.05 - P1T21 RM 5,484.96
|
|
P2T1 RM 2,642.06 - P2T21 RM 5,788.25
|
|
P3T1 RM 2,742.25 - P3T21 RM 6,113.85
|
Bidang :
Fabrikasi
Mikroelektronik, Rekabentuk IC & MEMs, Kejuruteraan Komputer,
Kejuruteraan Perhubungan, Rangkaian Komputer, Mekatronik, Sistem
Pembuatan, Sistem Elektrik, Kejuruteraan Bahan & Metalurgi,
Elektronik Kuasa, Matematik Kejuruteraan, Kejuruteraan Bioproses,
Kejuruteraan Alam Sekitar, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan,
Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Mekanikal, Kewangan, Perakaunan,
Undang-undang Perniagaan), TESL (Teaching English as a Second Language),
Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Bangunan,
Kejuruteraan Biosistem (Pertanian, Kejuruteraan Elektronik Industri,
Kejuruteraan Fotonik, Kejuruteraan Nanoelektronik, Kejuruteraan Nano
Biochip, Kejuruteraan Kimia, Teknologi Pembuatan, Pemasaran dan
Perniagaan Antarabangsa.
Syarat Lantikan :
1. Ijazah
Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45 :
P1T1); ATAU
2. Ijazah
Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada
Gred DS45 : P1T4); DAN
3. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. Calon-calon yang mempunyai pengalaman dengan sektor industri, adalah digalakkan memohon.
KEMUDAHAN GAJI DAN ELAUN-ELAUN LAIN
|
GRED JAWATAN
|
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (RM)
|
IMBUHAN TETAP KERAIAN (RM)
|
IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM (RM)
|
|
Khas C (VK7)
|
1300.00
|
2150.00
|
-
|
|
DS53
|
900.00
|
800.00
|
-
|
|
DS45
|
700.00
|
-
|
300.00
|
SYARAT-SYARAT UMUM
A. PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN :
Calon-calon
yang menduduki dan memiliki sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh
dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian
sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut
setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan
sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat
berikut perlu dipenuhi :
a. lulus
enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata
pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus
dalam satu peperiksaan; ATAU
b. lulus
enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran
adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang
dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun
berturut-turut; DAN
c. memenuhi
syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (termasuk Ujian
Lisan) dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim
perkhidmatan.
B. TARAF JAWATAN
a. Semua jawatan akan dilantik secara TETAP.
b. UniMAP berhak melantik warganegara Malaysia secara KONTRAK bagi mana-mana jawatan di atas berdasarkan peraturan dalam pekeliling berkaitan.
C. KEWARGANEGARAAN DAN UMUR
Calon-calon
lantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari
18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 54 tahun
pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak
melebihi 45 tahun.
D. TEMPOH PERCUBAAN
Calon-calon lantikan terus adalah dikehendaki melalui tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
E. PEPERIKSAAN/KURSUS INDUKSI
Peperiksaan/Kursus Induksi adalah mengikut skim perkhidmatan.
F. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
Pemohon-pemohon
yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Pihak Berkuasa
Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan
melalui Ketua Jabatan/Majikan dengan melampirkan salinan Laporan
Penilaian Prestasi Tahunan dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan
lengkap.
G. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai
yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada
syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta
pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
BORANG PERMOHONAN :
Klik untuk Borang Permohonan >> Borang.pdf Borang.doc
CARA-CARA MEMOHON:
Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dialamatkan kepada:-
PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
TINGKAT 1, BANGUNAN KWSP
JALAN BUKIT LAGI
01000 KANGAR
PERLIS
(Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sudut kiri sampul surat)
TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Jawatan Akademik : TERBUKA
KEPUTUSAN :
Calon-calon
yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan
yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada pihak Universiti Malaysia
Perlis (UniMAP) dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan
adalah dianggap tidak berjaya.
- PENDAFTAR -