Keselamatan Elektrik

Keselamatan Elektrik

Sistem elektrik-TNB

  • Penjanaan /generation
  • Penghantaran/ Transmission
  • Pembahagian/ Distribution

Keselamatan Elektrik

Elektrik

  • Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang efisien dan mudah.
  • Kegunaannya adalah untuk pencahayaan, pemanasan dan applikasi tenaga seperti oven dan relau.

Kebaikan tenaga elektrik

  • Murah
  • Bersih mudah digunakan
  • Tidak perlu disimpan

Sifat-sifat elektrik

  • Tidak boleh dilihat
  • Tidak boleh didengar
  • Tidak boleh dihidu

Hazard Elektrik

  1. Renjatan
  • Kebiasaannya dari wayar hidup ke bumi
  • Menyebabkan otot memendek dan menebal (spasm)
  • Boleh menganggu tindak balas biasa jantung
  • Boleh menyebabkan kegagalan pernafasan

 

  1. Pencahayaan
  • Dari cahaya lampau ungu (UV) bila melihat pada Arka Elektrik atau silauan kimpalan
  • Simpton seperti konjuntivitis
  • Keadaan sementara berlarutan selama 3 atau 4 hari
  • Tidak member kesan kepada lensa sentuhan (contact lens)
  1. Kebakaran
  • Dari contact dengan arka elektrik yang disebabkan oleh litar pintas konduktor atau lebihan bebanan peralatan.
  • Atau pelepasan cas bagi elektrik statik

 

Elektrik Statik

  • Kesan yang dihasilkan oleh cas elektrik yang terperangkap di dalam penebat. Cas ini boleh diagihkan samada didalam atau luar objek yang ditebat atau ia boleh bertumpu diatas konduktor yang ditebat dari bumi.
  • Voltan tinggi, arus rendah
  • Kesan kejutan elektrik dan sumber pencucuhan dalam persekitaran yang mudah terbakar, jika cas tinggi.

 

Kesan Arus Elektrik Berbeza Mengikut

  • Umur
  • Jantina
  • Rintangan badan
  • Keadaan kesihatan

 

Prinsip Keselamatan Elektrik

Objektif utama  adalah untuk melindungi orang dari renjatan elektrik, api dan kesan terbakar hasil daripada ‘contact’ dengan elektrik.

Dua langkah asas pencegahan adalah:

  1. Perlindungan daripada contact langsung
  • Membekalkan penebatan bahagian peralatan yang berpotensi mengecas elektrik
  1. Perlindungan daripada contact tidak langsung
  • Membekalkan pembumian secara efektif bagi pengasingan logam yang mana boleh mengecas elektrik jika penebat asas gagal.

 

Untuk melindungi diri daripada terkena renjatan elektrik, langkah-langkah berikut perlu dilakukan:

  1. Sentiasa periksa semua sambungan bumi
  • Tentukan sambungan sentiasa kemas dan berterusan
  1. Periksa dawai pengalir
  • Untuk menentukan penebat tidak pecah atau rosak
  1. Jangan pasang atau baiki sendiri
  • Pastikan anda seorang yang mahir jika tidak hubungi kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
  1. Gunakan palam tiga pin
  • Jangan sekali-kali tanggalkan pin bumi untuk memasukkan palam ke dalam soket.
  1. Lakukan ujian ke atas Pemutus Litar Kendalian Arus (ELCB)
  • Lakukan ujian kendalian sebulan sekali. Gantikan jika ELCB tidak berfungsi
  1. Pasang peralatan dengan betul
  2. Jangan bebankan litar
  3. Laporkan sebarang keadaan yang merbahaya
  • Jangan cuba baiki jika anda bukan orang yang mahir. Hubungi orang yang berkelayakan untuk membaikinya.
  1. Pastikan alat-alat elektrik dimatikan suisnya jika tidak digunakan.
  2. Jangan sambungkan fius yang terputus dengan dawai biasa. Gunakan fius yang sepatutnya.
  3. Jangan lakukan sambungan terlalu banyak peralatan pada satu punca kuasa elektrik. Elak dari mengguna penyambung yang tidak diluluskan.
  4. Jangan buat pendawaian tambahan sendiri. Dapatkan khidmat dari kontraktor bertauliah yang berdaftar dengan jabatan bekalan elektrik dan gas.
  5. Pastikan barangan elektrik yang bermotor tidak dihalang pergerakan motornya hingga menyebabkan ia terhenti sendiri.
  6. Jangan biarkan pendawaian terdedah kepada keadaan yang boleh menjejaskannya atau membakar seperti haba, wap, tekanan, digigit tikus dan sebagainya.
  7. Jangan memperbaiki dan mengubahsuai peralatan elektrik dengan sendiri
  8. Jangan lakukan penyambungan elektrik tanpa pengawasan atau penyeliaan orang dewasa.
  9. Elakkan dari menyentuh peralatan elektrik dengan tangan yang basah.
  10. Jangan membuat penyambungan alat elektrik ke soket suis lampu dua hala.
  11. Jangan cuba menyentuh wayar hidup
  12. Pastikan suis ditutup sebelum menukar mentol lampu
  13. Elakkan diri dari menyentuh talian yang putus atau apa jua pun benda yang mengalirkan elektrik.
  14. Jauhi dari bermain di perkarangan rumah pencawang elektrik
  15. Jangan bermain dan menganggu bekalan elektrik
  16. Jangan menggunakan peralatan elektrik yang rosak dan bermutu rendah
  17. Jangan cuba membuat penyambungan soket ke soket

 

Cara mengelak dari kemalangan panahan petir

  1. Elakkan diri dari berada pada aras yang lebih tinggi dari kawasan persekitaran, di tepi pantai dan memancing dari bot yang kecil
  2. Elakkan diri dari berada di tanah lapang seperti di tengah sawah dan di padang bola
  3. Seseorang itu akan selamat jika berada di dalam kereta dan naikkan cermin kereta anda.
  4. Elakkan diri dari berenang kerana arus elektrik dari panahan kilat yang berlaku di kawasan perairan yang berhampiran boleh mengalir menerusi air tersebut.
  5. Jauhi dari tempat mandi, sinki, pealatan elektrik, telefon atau sebarang objek yang mempunyai sambungan berlogam dengan kawasan luar rumah.

 

Comments

Place feedback
05 September 2016, 8:44 PM
wonderful points altogether, you just gained a new reader. what would you suggest in regards to your post that you made some days ago? any positive?
https://idbgped.wordpress.com/ |
http://weblogindoped.blogspot.com/ |
http://indoblogped.logdown.com/ |
http://indoblogped.tumblr.com/ |
http://abangpoker.weebly.com |
http://dewahoki.portfoliobox.net/
Pay Day Loans JW
05 April 2018, 10:12 PM
loans no credit <a href="https://loansnocredit.store">loans no credit</a> loans no credit <a href=https://loansnocredit.store>cash loans no credit</a>
2 comments