Pertolongan Cemas

Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas adalah bantuan segera kepada orang yang cedera atau sakit di tempat kejadian sebelum bantuan professional dengan matlamat:

1. Menyelamatkan nyawa
2. Menyekat keparahan
3. Mengurangkan sakit/ mengurangkan kontaminasi/ merawat shock
4. Membantu keselesaan mangsa.

Prinsip pertolongan cemas adalah:

1. Utamakan keselamatan diri sendiri
2. Pertolongan setakat termampu
3. Tanpa memindahkan mangsa
4. Jaga kehormatan mangsa.

Petugas pertolongan cemas mestilah:

1. Terlatih
2. Tenang
3. Sentiasa senyum
4. Lemah lembut dan penyabar
5. Tajam penglihatan
6. Cekap menilai dan membuat keputusan
7. Boleh mengetuai semasa kecemasan.

Sesak nafas disebabkan oleh:

1. Gangguan bekalan udara ke peparu
• Tersumbat, gas/asap, tercekik, sawan
1. Kerosakan sistem saraf pusat
• Renjatan elektrik, sesetengah racun
1. Kekurangan oksigen
2. Gangguan haemoglobin
• Karbon monoksida, cyanide

Rawatan yang perlu dilakukan untuk sesak nafas:

1. Periksa dan bersihkan mulut dan hidung supaya tak tersumbat
2. Dongak kepalanya untuk membuka saluran pernafasan
3. Periksa pernafasannya:
• Jika bernafas- betulkan kedudukan: samada duduk atau baring mengiring.
• Jika tidak bernafas- resusitasi pernafasan: mulut ke mulut/ tekanan luar dada
• Jika disebabkan bahan kimia, jangan lakukan resusitasi mulut ke mulut.

Luka Dan Pendarahan

Jenis pendarahan dan luka:

• Lebam bruise)
• Scrape (tersagat)
• Terkoyak (avulsion)
• Terpotong (cut)
• Tertikam (puncture)

Lebam

• Lebam disebabkan pendarahan di bawah kulit akibat pecah salur kapilari
• Tanda biru-hitam

Rawatan lebam adalah:

• Tinggikan bahagian yang cedera
• Tuam dengan air batu selama 15-20min setiap 6-8 jam selama 24-48 jam.
• Balut dengan pembalut elastic (crepe bandage)
• Jangan urut

Bawa ke klinik sekiranya:

• Lebam besar, sakit atau membesar
• Lebam tanpa kecederaan nyata
• Lebam beserta pendarahan hidung atau bahagian lain
• Lebam selepas demam.

Pendarahan Luar

Disebabkan oleh:

1. Luka akibat benda tajam
• Pisau
• Kaca
1. Gigitan
• Haiwan
• Manusia

Rawatan untuk pendarahan luar adalah:

1. Buangkan bendasing-(hanya yang mudah)
2. Tutup luka dengan gauge bersih
3. Tekankan pada luka
4. Tinggikan bahagian luka
5. Luka ringan:
• Bersihkan dengan air paip dan dressing
1. Luka besar:
• Teruskan tekanan dan bawa ke klinik.

Rawatan Luka

1. Bersihkan luka
• Luka kecil dan tak banyak berdarah boleh terus cuci
• Cucurkan di bawah paip yang mengalir
1. Tekanan terus pada luka
• Hentikan pendarahan
• Lapik kain bersih atau gause
• Tekan dengan jari terus pada luka
• Teruskan tekanan hingga darah berhenti
• Jika kain basah dengan darah tambah kain lain.
1. Tinggikan
• Tinggikan bahagian luka melebihi aras jantung
• Berhati-hati jika bahagian cedera patah
• Kurangkan pergerakan bahagian luka
1. Antiseptik
• Luka kecil yang tak banyak berdarah boleh disapu antibiotik/ antiseptic
• Jangan gunakan antibiotik/antiseptic pada luka yang masih berdarah.
1. Dressing Balut dan Plaster
• Luka kecil tak berdarah sembuh dengan cepat jika didedahkan
• Luka basah elok ditutup dengan gauze dan ditampal plaster
• Luka berdarah perlu ditutup dengan gauze dan dibalut
• Ais boleh mengurangkan pendarahan
• Tukar dressing selepas 24 jam pertama dan selanjutnya bergantung kepada keadaan luka.
1. Tekanan arteri
• Jika darah tak berhenti dengan tekanan langsung
• Tekan kuat pada bahagian antara luka dan jantung
• Lepaskan sebaik sahaja darah berhenti.
1. Tourniquet
• Lakukan bila darah tak berhenti atau anggota terputus
• Gunakan kain lebar 3-5cm – stoking, lengan baju, tali pinggang, tali leher
• Jangan gunakan tali, dawai, atau benang.
• Ikat dekat, jangan sampai menyentuh luka.
• Ikat kayu pada simpulannya.
• Pusingkan kayu sehingga ikatan ketat
• Catitkan masa tourniquet.
1. Jahit
• Luka terkoyak perlu dijahit
• Segera bawa ke klinik

Luka Tertikam

• Tidak banyak berdarah
• Cepat tertutup
• Rawatan asas seperti luka lain
• Masalah: mungkin serpihan atau benda asing tertinggal di dalam luka atau mudah infeksi iaitu bacteria dan tetanus.

Luka Gigitan

• Gigitan haiwan atau manusia lebih tinggi risiko infeksi
• Gigitan anjing boleh menjangkitkan ‘rabies’. (anjing terlibat perlu dikuarantin 10 hari)

Berdarah Hidung

Rawatan yang perlu dilakukan:

• Duduk dan tunduk ke hadapan
• Bernafas melalui mulut
• Picit hidung 5-10 minit
• Jangan buang darah beku
• Terus duduk tegak hingga berhenti darah

Bawa ke klinik jika:

• Darah tak berhenti lebih 20-30 minit
• Mangsa tiba-tiba lesu atau pitam
• Pendarahan yang banyak
• Darah terus keluar dari belakang hidung.

TERBAKAR

Terbakar dan Melecur

Penyebab:

1. Haba kering iaitu dari Bunsen, oven pemanas, kaca panas
2. Elektrik
3. Melecur kimia
4. Bahan ‘cryogenic’ iaitu cecair gas dan ais karbon dioksida.
5. Haba basah iaitu air mendidih, stim, dan cecair panas.
6. Geseran

Terbakar Tahap Satu

• Terbakar tak teruk.
• Melibatkan epidermis
• Kelihatan merah dan bengkak
• Terasa sakit
• Rawatan – sebagai terbakar minor
• Dianggap lebih serius jika melibatkan tangan, kaki, sendi muka, kemaluan dan punggung.

Terbakar Tahap Dua

• Melibatkan dermis
• Terbentuk gelembung air-melepuh
• Merah bengkak dan sakit
• Jika Cuma 3 hingga 5cm-rawat sebagai terbakar minor
• Dianggap lebih serius jika melibatkan tangan, kaki, sendi muka, kemaluan punggung.

Rawatan Terbakar

Terbakar Minor

• Terbakar tahap satu dan dua <5cm
• Sejukkan dengan air paip mengalir. JANGAN GUNA AIS
• Losyen antibiotic dan pelembap
• Dressing-gunakan gause dan pembalut
• Analgesik-paracetamol, ponstan
• Jangan pecahkan kulit melepuh.

Terbakar Tahap Tiga

• Terbakar yang lebih serius
• Biasanya tak rasa sakit
• Melibatkan semua lapisan kulit
• Boleh melibatkan lapisan lemak, otot, dan tulang
• Kelihatan hangus atau kering dan putih.

Rawatan Terbakar

Terbakar Major

• Bebaskan mangsa dari punca kebakaran
• Jangan tanggalkan pakaian yang telah terbakar
• Pastikan mangsa stabil tidak terenjat
• Pastikan mangsa bernafas dengan baik
• Tutup bahagian terbakar dengan dressing
• Segera aturkan untuk dibawa ke klinik.

Melecur Akibat Kimia

Rawatan:

• Bersihkan bahan kimia
• Cucurkan di bawah air mengalir 20 minit
• Jika kimia serbuk bersihkan dahulu dengan berus lembut
• Basuh dengan pencuci cecair yang lembut
• Tanggalkan pakaian dan perhiasan
• Tutup bahagian melecur dengan dressing dan pembalut

Perlu ke klinik jika:

• Mangsa menunjukkan tanda renjatan
• Pitam, pucat, pernafasan yang perlahan
• Melecur serius
• Luas permukaan terlibat >5cm
• Melecur tahap kedua

Kecederaan Mata

Percikan Kimia

• Tanggalkan ‘contact lense’
• Cucur air paip atau ‘sterile bottle’
• Pasang eye pad
• Hantar ke klinik

Bendasing Masuk Mata

• Keluarkan jika mudah-guna kapas/hujung kain bersih
• Hantar ke klinik

Racun

Penyebab:

• Termakan
• Tersedut melalui pernafasan
• Kontak melalui kulit

Rawatan

• Pastikan bahan
• Aturkan ke klinik
• Jika muntah, baringkan ia mengiring
• Jangan paksa ia muntah
• Beri minum perlahan-lahan

Renjatan elektrik

Rawatan:

• Jangan sentuh mangsa hingga pasti tiada elektrik
• Aturkan ke klinik
• Periksa pernafasan
• Periksa pernafasan-resusitasi pernafasan jika perlu
• Rawat kecederaan lain

Pitam

Penyebab:

• Kurang oksigen/ gula ke otak: pening, pucat, berpeluh, tumbang, tak sedar

Rawatan:

• Biar mangsa dalam keadaan baring
• Longgarkan pakaiannya
• Tinggikan kaki
• Beri minum air suam

Epilepsi/ Sawan

Penyebab:

• Gangguan bekalan darah otak akibat stroke, ketumbuhan, masalah salur darah.
• Rosak saraf otak akibat penyakit seperti meningitis, mumps, measles, diphtheria dan abscesses.
• Kecederaan pada tisu otak
• Ubat dan bahan toksik
• Demam tinggi atau kecederaan semasa lahir
• ‘Withdrawal’ atau salahguna dadah.

Kemungkinan pencetus:

• Perubahan sertamerta dari keadaan terang ke gelap atau sebaliknya.
• Aktiviti hormone-terutama wanita
• Berhenti mengambil ubat anti sawan
• Silauan cahaya
• Kebisingan
• Muzik tertentu
• Stress
• Demam
• Hipoglisemia (rendah gula darah)
• Kurang tidur

Pertolongan Cemas

• Bertenang
• Catit masa
• Jangan dikerumuni
• Alas kepala dengan benda lembut
• Alih jika sekitaran boleh mencederakan seperti tengah jalan atau atas tangga.
• Alih benda yang boleh mencederakan
• Jangan ikat pesakit. Biarkan dia sawan
• Jangan masukkan apa-apa ke dalam mulut pesakit
• Jangan bimbang pesakit akan tergigit atau tertelan lidahnya.

Selepas sawan berhenti

• Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring
• Bersihkan lendir dan air liur dari mulutnya
• Periksa mulutnya supaya tiada benda yang tersekat seperti gigi palsu atau makanan.
• Periksa jika ada luka atau kecederaan
• Elakkan mangsa dari merasa malu-lindungi dia
• Dia mungkin terkencing semasa sawan-bersihkan
• Jangan ditinggalkan sehingga betul-betul pulih
• Jangan beri minum sehingga dia betul-betul sedar.

Tak Sedarkan Diri

Peringkat Kesedaran

• Penuh sedar
• Mengantuk
• Stupor
• Koma

Sebab-sebab

1. Gangguan edaran darah ke otak yang lama
• Stroke
• Serangan jantung
• Renjatan
• Pendarahan
1. Kecederaan kepala/ otak.
2. Pengambilan dadah
• Narkotik
• Pil tidur berlebihan
1. Mabuk arak
2. Kurang bekalan oksigen ke otak
• Asfiksia
• Keracunan gas
1. Gangguan fungsi otak
• Sawan
• Kencing manis
• Sakit buah pinggang
• Penyakit hati

KERACUNAN

Cara kemasukan racun

1. Oral
2. Hidu
3. Serapan kulit/sentuhan
4. Suntikan-salahguna dadah

Contoh keracunan

• Racun makhluk perosak/racun pertanian
• Gas beracun-sulfur oksida, karbon monoksida
• Bahan korosif-asid atau alkali
• Ubat-ubatan
• Petroleum-minyak tanah, petrol
• Bahan asli-cendawan, ubi kayu gadung

Tanda-tanda Keracunan

1. Kesan racun
• Bau racun, warna, bekas
1. Simpton gastro-usus
• Sakit perut, loya, muntah, cirit birit
1. Simpton saraf
• Berpeluh, sakit kepala, pening, mengantuk, sawan, koma
1. Simpton pernafasan
• Sesak nafas

Cara-cara mencegah

1. Simpan di tempat selamat
2. Label semua botol/ bekas
3. Jangan simpan dalam bekas air minuman
4. Kenalpasti tumbuhan/ buah-buahan beracun
5. Pakai topeng muka, but, pakaian sesuai semasa sembur racun.

Dislokasi dan Patah Tulang

Dislokasi adalah keadaan dimana permukaan sendi terkeluar dari kedudukan biasanya.

Patah adalah kecederaan yang mengakibatkan tulang patah, retak atau pecah.

Jenis patah terbahagi kepada dua iaitu :

1. Patah terbuka
• Bahagian patah terdedah kepada luar
1. Patah tertutup
• Tiada hubungan bahagian yang patah dengan luar

PATAH

Tahap Keparahan Patah

1. Greenstick: patah tak lengkap. Berlaku di kalangan kanak-kanak
2. Simple: patah lengkap dan mudah
3. Comminuted: patah pecah kepada beberapa bahagian
4. Pathological: patah tanpa kecederaan berat. Tulang yang berpenyakit.

Tanda-tanda patah:

1. Bengkak
2. Berdarah
3. Cacat
4. Sakit
5. Merah
6. Lebam

Rawatan

1. Tanggalkan pakaian bahagian cedera
2. Demah sejuk (air batu)
3. Kurangkan pergerakan
4. Pasangkan splin:
• Tetapkan kedudukan anggota
• Lapik dengan benda lembut
• Buatkan splin dari benda keras
• Splin sendi di atas dan bawah bahagian patah
• Kukuhkan kedudukan dengan plaster/ bandage
1. Beri minum air. Jangan benarkan makan.

Comments

nur syahidah
06 July 2012, 1:16 AM

Rossi
23 October 2014, 7:29 PM
Bagus , info yang sangat berguna...
Place feedback
05 September 2016, 8:43 PM
wonderful points altogether, you just gained a new reader. what would you suggest in regards to your post that you made some days ago? any positive?
https://idbgped.wordpress.com/ |
http://weblogindoped.blogspot.com/ |
http://indoblogped.logdown.com/ |
http://indoblogped.tumblr.com/ |
http://abangpoker.weebly.com |
http://dewahoki.portfoliobox.net/
LorenBoalpCR
21 June 2017, 4:20 AM
Tinedol – эффективное средство от грибка стопы, неприятного запаха и зуда.
Перейти на сайт: http://tinedol.bxox.info/
SportoPamVN
27 February 2018, 7:36 AM
Если вы занимаетесь физическими упражнениями и стремитесь привести своё тело в достойное состояние, предлагаем начать использовать спортивное питание .

Ассортимент спортивных добавок казеиновый протеин цена . Вы сможете заказать BCAA, пептиды и другие препараты для спортпита по доступной цене.

Если вы увлекаетесь жимом лёжа и хотите быстро скинуть вес, рекомендуем начать употреблять жиросжигатели. Выбрать и купить их возможно через kachosi.ru

На сайте можно купить любые препараты по приемлемым ценам дешево. Ко многим препаратам прикреплены фотоснимки. Вы сможете просмотреть полное описание и советы на веб-странице чёткого препарата, как на 5lb.

Спортивные биодобавки реализуются как в форме смеси, так и в капсулах. Если вы давно стремились стать удачным в бодибилдинге, рекомендуем стартовать пользоваться услугами популярного магазина Качоси в Москве, СПб или всему РУ сегменту!
Cash Advance JW
14 July 2018, 1:52 AM
lender personal loans for bad credit loan lenders direct loan consolidation
Payday Loan Online JW
05 August 2018, 11:37 PM
loans with cosigner loan lenders payday loans tulsa direct lender payday loans
Cash Loan JW
11 August 2018, 3:12 AM
direct lender payday loans 1 hour payday loans no credit check lender quick loan for bad credit
Money Loan JW
16 August 2018, 5:23 AM
loans in las vegas loan lenders payday lender lender
Антон
12 January 2019, 11:55 AM
Перезвоните мне пожалуйста 8 (812)9883688 Антон.
10 comments